THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 05, 2010

New Bed

I don't normally shop online but when i came across www.beds.sg, i was excited! Not only they have what i want, with prices so reasonable, they also made shopping fun and easy. The bed came according to the delivery date i want, with no hassle and the staff are very friendly. The workmanship is just excellent and i'm very impressed with the overall service. Thank you beds.sg! I'm going to be your one loyal customer.

Friday, July 04, 2008

Mr Spiderman - ONE YEAR AGO

It's true when they said that you should prevent your children from watching action movie. Why? Children don't understand the meaning of fiction & non-fiction. No matter how many times you tried explaining to them that humans don't fly (aka Superman) or don't jump from one building to the next (aka Spiderman) but they still have the hearts to try (curiosity kills the cat?). Nabil just celebrated his 4th birthday on May 12th 2007. It happened that week channel 5 was showing Spiderman 2 and we have fun watching together. Who would have thought the next few days while nobody's watching, he decided to try all the moves (jumping from the bed) and did he fall hard. So hard that he fractured his left arm. Poor daddy was working at site (Tuas) at that time and couldn't be contacted. Poor mummy (me) have to bring him to KK Children's Hospital where the doctor told that he needs to be operated immediately. I tried to be cool while watching him screaming in pain but i did burst into tears when daddy called to know what's going on?
Anyway, he was operated on 17 May 2007 and discharged on 18 May 2007 and is doing well. His cast was changed twice and last week, his cast and k-wire have been removed.
I don't think he learnt his lesson though cause he is still jumping up and down but no worries. I still keep his cast and k-wire with me just to remind him every now and then. I guess that would be my weapon against him.

Nur Syifa Hannah

Where shall i start? Should it be from the beginning and share the joy as well as the sadness? I have carried the pain for 7 years now and everytime i thought about her, i will shed into tears, just like now, while i'm writing about her. You may not know her but i want to share with you my experience in having her in my life. You see, she was special and to me she was the most beautiful baby girl.
She was born on 7 April 2001 at 1330pm at KKH and we named her Nur Syifa Hannah. She was going to be 6 years old today and i'm sure that her birthday party would be a grand one. I could picture her having a blast of time, playing with her sister and brother, her cousins and friends. She would have a big smile on her face and how it would lit up everytime she received presents. I would dressed her in a beautiful gown and taking lots and lots of pictures, at the same time making sure that everything would run smoothly. How i would showed her off to everybody just like i did with my two other children but these are only my dreams. She died on 5 May 2001 at 1345pm at KKH due to multiple complications. I never got the chance to hold her until the day she died. How I held her close to my heart. How i kissed her goodbye. How i whispered to her my love for her and how much i'm going to miss her. I still missed her and i will keep on missing her.
I will always carry a picture of her, in my heart, forever and i never got bored in reminding my two other children about her. My first daughter was only 2 at that time so she does not remember her well while my youngest, not born yet until 2 years later. We will visit her grave as a family everynow and then. She may not be with us but i know deep down inside that she's watching over us. I'm sure she knew that she has a sister and a brother.
Though sad but i know that she's going to be well taken care of 'up there' and one day i will get to see her again.
I may not be able to hold her in my arms again. I may not be able to see her grow up right before my eyes but i'm truly grateful that i had the chance to carry her inside me, share my life with her even for a short while.
I will always love you my dearest daughter, Syifa.....

Kanda

4 October 2007, dengan menaiki penerbangan SQ456 SIN/JED, berangkatlah sudah insan yang tersayang, insan yang bergelar suami. Selepas berhari-hari menunggu dengan penuh debaran, akhirnya dia pergi juga ke Rabigh, Saudi Arabia, atas urusan kerja. Perginya bukan seketika tetapi hingga tahun depan, di mana belum di tentukan lagi tarikh tamat kontrak kerjanya. Perasaanku di waktu menghantarnya ke lapangan terbang Chang begitu berkecamuk. Ada perasaan gembira dan juga sedih. Gembira kerana dia dapat apa yang dia inginkan, yaitu mencari pengalaman di Saudi Arabia dan pada masa yang sama, dapat mengerjakan ibadah puasa dan tarawih di tanah suci Mekah. Sedih pula kerana tidak dapat menyambut hari lebaran bersamanya, tidak dapat mengucup tangannya di pagi raya nanti. Walaubagaimanapun, aku akur yang aku harus redha dengan pemergiannya kerana dia pergi untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga. Aku harus tabah meniti hari-hari akan datang tanpanya di sisi, tanpa insan yang bergelar suami. InsyaAllah, demi anak-anakku, akan aku tabahkan hatiku, akan aku kuatkan semangatku dan akan aku simpan tangisku. Aku akan merinduinya setiap masa, setiap waktu. Semoga Allah swt melindunginya walau di mana juga dia berada. Amin.

Sunday, October 08, 2006

Bulan Mulia

Assalammualaikum....

Sudah lama juga saya tidak 'update' halaman saya ini. Bukannya tidak mahu tetapi tiada masa. Selalunya, bila balik kerja saja, saya terus keletihan. Novel-novel hasil tulisan saya terus terbengkalai. Saya sudah kehabisan idea. Mungkin sebab otak saya ni dah 'jam', satu benda pun tak boleh masuk. Alahai!!! InsyaAllah, saya harus habiskan juga manuskript saya, bukannya untuk dihantar ke mana-mana publishing company, tetapi sekadar simpanan untuk anak-anak saya. At least, ketiadaan saya pada suatu hari nanti, ada juga peninggalan saya buat tatapan mereka.

Alhamdulilah, pejam celik pejam celik, sudah dua minggu kita umat Islam berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu ya? Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya sekeluarga akan menyambut Aidilfitri dalam suasana yang sederhana. Tidak perlu membazir baik dalam segi wang atau barang-barang. Yang penting, Aidilfitri ini dapat mengeratkan lagi silatul-rahim sesama umat dan keluarga dapat berkumpul sebab kalau hari-hari biasa, semua sibuk bekerja. Saya amat bersyukur kerana diberi cuti pada hari raya pertama nanti.

Dalam keseronokkan menyambut hari raya nanti, saya tidak akan lupa pada insan-insan yang tersayang, yang sudah lama pergi ke hadrat illahi. Sebak rasa hati bila mengenangkan mereka. Perasaan rindu sentiasa bermukim di dada. Yang paling saya rindui ialah arwah anak saya, Nur Syifa Hannah yang sudah lima tahun pergi meninggalkan saya sekeluarga. Ketika itu, dia baharu berumur 28 hari. Saya sering terbayang wajahnya sehingga hari ini. Allah swt lebih menyayanginya dan saya harus redha dengan pemergiannya. Semoga saya dapat bertemu dengannya di akhirat nanti. InsyaAllah.

Ada sesetengah orang dewasa yang lebih memahami selalu sedih bila hari raya menjelang tiba. Kanak-kanak pula gembira bukan kepalang kerana time 'collection' sudah hampir tiba. Mungkin sebab kealpaan saya, pernah sekali saya bertanya pada suami saya yang kelihatan muram tatkala raya datang menjelang. Jawabnya ringkas sahaja, "Azab kubur will be continued when Aidilfitri comes." Saya terkedu. Juga, kerinduan pada insan yang sudah tiada, lebih terasa, lebih-lebih pada pagi hari raya, bila semua pergi menziarah kubur-kubur yang tersayang. Tidak henti-henti airmata mengalir walaupun kita semua akur yang kematian tidak harus kita tangisi kerana roh-roh tidak akan berasa tenang di 'sana' nanti. Sedekahkanlah ayat-ayat suci Allah. Semoga roh mereka akan dirahmatiNYA. InsyaAllah.

Saya akan sentiasa ingat bulan yang mulia ini. Datangnya pun setahun sekali. Tidak akan saya lupakan masa bangun sahur. Wajah monyok puteri saya di pagi hari, kerana dikejut tatkala sedang lena dibuai mimpi. Jika tidak bangun sahur, alamatnya, tak puasalah esok nanti. Saya dari kecil, sudah di didik untuk bangun bersahur. Memang permulaannya agak sukar. Anak mata rasa perit sekali untuk buka. Badan rasa amat lemah tetapi dikuatkan juga bila mengenangkan yang esok hari hendak berpuasa. Lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga. Time bersahur dan berbuka amat saya nanti-nantikan. Inilah masanya kami sekeluarga dapat makan bersama dan bersembang.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan 'Selamat Berpuasa' dan 'Selamat Menyambut Aidilfitri' pada semua umat Islam di dunia. Semoga kita akan dapat keredhaanNYA. InsyaAllah.

Salam sayang dan Selamat malam pada anda semua!

Monday, August 28, 2006

Sekilas Senyumanmu - Cerpen




“Astaghfirullahalazhim!” aku beristighfar dalam hati. Berkali-kali aku beristighfar bila nafsu amarahku menjelma lagi tatkala terpandang gambar adikku, Sarah Ameena, yang bekerja sambilan sebagai seorang peragawati, di dalam sebuah majalah fesyen. Dengan berpakaian yang menjolok mata, Sarah nampak lebih matang dari usianya yang sebenar, sembilan-belas tahun. Aku, Farah Aisyah, tua lebih empat tahun darinya.

“Adik,adik, apa adik nak jadi ni?” aku merungut dengan gelengan kepala. Aku merenung gambar-gambar di hadapanku. Sarah memang cantik, itu tidak aku nafikan. Dengan wajah bujur-sirih, kulit putih kemerahan serta rambut keperangan, dia juga sepertiku, banyak mewarisi wajah daddy kami yang berbangsa Inggeris. Hanya matanya saja yang pada pandangannya tidak sempurna. Dia mempunyai sepasang mata yang agak sepet, seperti mummy kami. Aku pula mempunyai sepasang mata galak seperti daddy dan berwarna hijau. Rambutku tidak sepanjang Sarah tetapi juga berwarna perang dan kulitku juga asalnya putih-kemerahan. Cuma sekarang sedikit gelap akibat percikkan matahari, kerana menolong menuai padi di kampung opah, sebelah mummyku.

Agak lama juga aku menuntut di luar negeri, menghabiskan pengajianku di Oxford University of London. Aku memperolehi ijazah dalam Business Admin dan aku bercadang ingin menjadi pensyarah. Tamat saja pengajian, aku terus memohon untuk mengajar di sebuah sekolah di Kampung Gajah, Perak, kampung mummyku. Pada mulanya, mummy dengan daddy agak keberatan untuk melepaskan aku jauh dari kota Kuala Lumpur tetapi kerana kedegilanku dan juga kerana pertolongan dari opah, aku dapat juga mencapai cita-citaku. Sarah pula sedang menunggu permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

Daddy bekerja sebagai seorang juruterbang Malaysia Airlines. Sudah lebih dari sepuluh tahun dia berkhidmat dengan penerbangan itu dan mummy pula bekerja sebagai pereka fesyen. Dia sudah mempunyai beberapa butik di Kuala Lumpur, menjual baju-baju busana Melayu, semua dari rekaannya. Memang sambutan yang mummy dapat, amat menggalakkan kerana mummy memang mempunyai ramai kenalan dari golongan korporat dan artis. Aku tumpang gembira dengan kejayaannya.

Aku agak pemalu kalau hendak dibandingkan dengan adikku Sarah. Kerana sifatku juga, aku tidak mempunyai ramai kenalan terutama dari golongan Adam. Aku juga tidak murah dalam memberi senyuman kerana aku takut di salah anggap di kemudian hari. Aku terlalu prejudis dan terlalu berhati-hati dalam memilih kawan hingga sentiasa membuat opahku merungut.

“Awat opah nak merungut ni? Orang masih muda lagilah opah. Esok kalau dah ada, orang kahwinlah. Sekarang, orang nak bekerja dulu, nak cari duit banyak-banyak,” jawabku.

Opah hanya menggeleng kepala saja. Mungkin sudah tidak kuasa dengan kedegilanku.

“Esok kalau hang dah jadi anak dara tua, jangan pulak hang salah kat opah pulak?”

Aku menjeling opah yang sudah tersenyum lebar, menampakkan gusinya yang sudah tidak bergigi. Ish, tak sayang mulut betul opah ni tau! Aku terus menghampirinya dan mengucup pipinya yang sudah dimamah usia.

“Zaf, anak Sheikh kat lorong depan tu balik hujung minggu nanti. Uminya ada suruh opah beritahu Farah.”

Aku mengerutkan dahiku. Aku merenung anak mata opah dalam-dalam. Seperti ada sesuatu yang ingin dia sembunyikan dari ku.

“Buat apa kena beritahu orang pulak? Bukannya orang rapat dengan anak dia tu,”jawabku.

“Kalau tak rapat, cuba rapat-rapatkan sekarang. Untung kalau hang kahwin dengan Zaf tu. Depa kan kerja jadi doctor di Ko Lumpur tu…”

Aku terus ketawa. Cutelah opah ni! Itu sebab aku memilih untuk tinggal terus bersamanya. Lagipun, opah tinggal seorang diri.

“Ohh…kerja kat Ko Lumpur…”aku menggusiknya. Dengan pantas dia mencubit pinggangku. Terkekeh-kekeh aku ketawa.

“Depa suka makan lauk ketam cili api masakkan hang hari tu,”katanya lagi.

Tak habis-habis bercerita pasal doctor tu. Naik rimas aku dibuatnya. Aku menjegilkan mataku kepadanya.

“Lah, kan orang masak untuk umi dia dengan ami dia saja? Asal dia orang kasi dia rasa pulak?” bentakku geram. Aku sudah mula memuncungkan mulutku dan duduk memeluk tubuh.

“Zaf kan anak mereka? Kenapa tak leh kasi makan pulak? Tak baik Farah marah macam ni.. Kita sesama umat janganlah lokek. Esok-esok kalau Farah susah, nanti giliran mereka pulak untuk tolong Farah.”

“Orang tak perlu pertolongan sesiapalah opah.”

“Degil!” tegur opah. “Tadi hang tengok apa kat majalah tu sampai geleng-geleng kepala?”

Aku terkedu. Aku tak sangka yang opah memerhati tingkah-lakuku sejak dari tadi. Aku tidak akan menunjukkannya gambar adikku yang terlalu menjolok mata.

“Tak ada apa-apa opah. Err..opah tahu tak yang anak umi tu kerja jadi model sambilan? Buat malu aje kan opah, terdedah-dedah sana-sini. Dahlah berpangkat doctor.”

“Tahu…opah pernah tengok gambar dia kat majalah. Umi dia ada tunjukkan pada opah.. Mana ada dia dedah sana-sini? Hang ni merepek sajalah! Opah suka tengok dia kat telebisen, cerita ‘dettol’ tu. Hang tak terpikat kat dia ke, Farah? Hansem!”

Ake terus mengeluh. Opah tak habis-habis umpan aku dengan si anak umi kat depan tu. Memanglah dia hansem tetapi aku cukup tidak berkenan kerjaya sambilannya. Umur pula dah masuk 34 tahun tapi masih membujang. Nampak sangat ramai kawan perempuan sampai tak tahu nak pilih yang mana. Kesian umi dengan ami dia, bisikku dalam hati.

“Farah! Awat hang menung? Termenungkan Zaf ke?”sergahan opah yang tiba-tiba membuat aku tersentak dari lamunan. Aku tersenyum malu.

“Buang masa aje nak ingatkan dia. Opah ni tak ada kerja lain agaknya. Asyik-asyik cakap pasal anak umi tu. Opah ajelah kahwin dengan dia!”usikku.

Opah sudah berdiri bercekak pinggang. Bulat matanya merenungku. Aku sudah tersenyum lebar.

“Assalammualaikum?” tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari luar. Suaranya agak dalam dan garau. Kedengaran macho! Kelam-kabut aku masuk ke bilikku untuk memakai tudung. Hatiku terdetik juga ingin tahu empunya suara yang macho itu. Sebaik saja aku melangkah keluar dari bilikku, aku agak terkejut bila terpandang Sheikh Muzaffar Shah sudah duduk di sofa bersama opah. Mahu saja aku berpatah-balik ke bilikku tetapi pada masa yang sama aku tidak mahu di anggap kurang sopan.

“Apa khabar?”tanyanya padaku. Seperti biasa, dia akan melemparkan senyumannya yang sudah cukup dikenali dalam majalah dan advertisement di tv. Memang dia agak murah dengan senyuman.

Aku hanya mengangguk kepalaku. Mulutku bagai terkunci. Aku tidak hiraukan renungan opah kepadaku. Aku terus mengambil tempat duduk di sebelah opah.

“Berapa lama Zaf balik cuti ni?” tanya opah.

Dia tersenyum lagi. Aduh! Boleh gugur jantungku ini setiapkali melihat dia senyum tetapi aku terpaksa berlakon di hadapannya serta opah. Malu kalau mereka tahu. Dia mengalihkan pandangannya kepada opah. Aku pula mengambil kesempatan itu untuk meneliti dirinya dengan lebih dalam lagi. Dimulai dengan rambutnya yang hitam lebat, pendek dan kemas. Aku suka dengan lelaki yang kemas sepertinya. Dia mempunyai seraut wajah yang sungguh tampan. Maklumlah dia berdarah Arab-Melayu. Keningnya hitam lebat ala-ala pelakon Hindustan, Shah Rukh Khan dan matanya pula redup berwarna hitam pekat. Hidung pula terletak dan mancung dan seulas bibir yang tebal dan merah. Sungguh sensual sekali. Ah! Aku terpana seketika bila bibir itu tersenyum lagi dan menunjukkan barisan gigi yang putih bersih. Aku alpa dengan senyuman itu. Lama aku merenung bibirnya sehingga tersentak bila lenganku disiku oleh opah. Ya Allah! Lama sangat kah aku merenungnya tadi? Sudah tentu dia perasan dengan perbuatanku kerana dia tidak habis-habis ketawa. Opah juga begitu. Aku dapat rasa darah menyerbu ke mukaku yang pasti sudah merona merah. Aku tertunduk malu.

“Buat susah aje beli kuih ni semua untuk opah. Farah ni bukan suka sangat makan kuih,”kata opah.

“Biasalah opah. Bila dah ke pekan tu, macam-macam nak kita beli. Rambang mata jadinya. Kat rumah yang suka makan, cuma si Musliha. Ami dengan umi tak berapa minat sangat. Agaknya tengah diet kot,”selorohnya dengan tawa kecil.

Aku amat gelisah duduk di situ lama-lama. Dalam hati, aku tertanya-tanya, tak nak balik ke lelaki ni? Opah pulak makin menjadi-jadi. Macam-macam yang hendak di ceritanya sampai pasal aku jatuh masuk lonkang pun dia ceritakan. Buat malu saja!

“Orang masuk bilik dulu Opah,” bisikku ke telinganya. Sempat aku menjeling pada lelaki di hadapanku sebelum melangkah pergi tetapi dapat juga aku mendengar dia bertanya pada opah.

“Cucu opah yang sorang ni ada tombol emas kat mulut dia ke?”

Aku menakup mulutku dengan mata terbeliak. Naik darah aku di buatnya lebih-lebih lagi bila opah sudah galak ketawa. Cepat-cepat aku mengunci diri di dalam bilikku dan terus menghempaskan badan ke atas katil.

“Farah tu memang agak pendiam sikit, Zaf. Depa tak macam adiknya kat Ko Lumpur tu. Risau opah tengok. Kawan pun tak ramai.”

“Tak apalah opah. Lagipun dia masih muda. Ada banyak masa lagi untuk berkawan. Lainlah dengan Zaf ni. Sampai sekarang belum berteman. Malas Zaf nak cari, opah. Biar umi dengan ami aje yang carikan.”

“Kat Ko Lumpur tu tak ada yang memikatkan hang lansung? Doktor ke jururawat ke?”

Sheikh Muzaffar Shah terus ketawa.

“Tak naklah opah. Boring kalau serumah dengan orang sama kerjaya. Nanti asyik bual sama topik aje. Kalau boleh, biarlah dengan orang yang lain kerjaya,” katanya berterus-terang. Dia tersengih pada wanita tua di hadapannya.

“Betoi juga ya!”

“Saya nak minta diri dululah opah. Nanti umi fikir yang bukan-bukan pulak. Maklumlah, rumah opah kan ada anak dara,”selorohnya dengan kenyitan mata. Terkekeh-kekeh orang tua tu ketawa.

Farah membuka tingkap di biliknya untuk mengambil udara petang. Bila saja terpandang Muzaffar yang baharu ingin masuk ke kereta BMWnya, dia terus menjeling. Dengan pantas, dia menjauhkan dirinya dari tingkap, tidak mahu dianggap mengintai pula.

“Depa dah balik,”tegur opah di belakangnya. Dia terus menoleh.

“Lama sangat bersembang. Nanti tak pasal-pasal, kena gossip,” jawabku dengan jelingan manja. Opah terus menghadiahkanku satu cubitan di pipi. Menyeringai aku di buatnya. Beriringan kami keluar dari bilik. Aku mengeluih bila terpandang cermin mata hitam di atas meja. Aku membelek cermin mata yang berjenama Calvin Klein itu. Siapa punya ni?

“Opah? Siapa punya cermin mata pulak ni?”

Berkerut dahi opah.

“Eh, Zaf punya tu. Cepat hang pergi kejar dia. Nanti tercari-cari pulak.”

“Tak mahulah. Biarkan saja kat sini. Nanti tahulah dia nak ambik,”jawabku acuh tak acuh.

Tersentak aku bila opah tiba-tiba menampar lembut punggungku.

“Jangan nak degil. Pergi sekarang. Bukannya jauh rumah umi dia tu…”

Aku mendengus kasar dan terus keluar dengan menjinjit cermin mata hitam kepunyaan Muzaffar. Sewaktu aku menghampiri rumahnya, kelihatan dia sedang membasuh kereta BMWnya. Aku mencebir bibirku tiba-tiba. Khusyuk benar dia membasuh sehingga tidak perasan dengan kehadiranku. Aku mengamati dirinya yang hanya berseluar track serta t-shirt putih. Cepat sungguh dia sudah menukar pakaian. Waktu singgah di rumah opah, dia berkemeja putih serta berseluar jeans. Aku cuba berdehem untuk mendapatkan perhatiannya.

“Ehem!”

Dia tetap meneruskan kerjanya membasuh. Sudah beberapa kali aku berdehem sehingga sakit tekakku di buatnya. Aku sudah mula berjalan menghampirinya dengan berhati-hati kerana keadaan lantai yang penuh dengan sabun kereta tetapi tiba-tiba aku rasa badanku terhayun ke belakang dan….

Buk!

Aku jatuh terduduk. Punggungku rasa sakit sekali. Pada saat itu juga dia sudah terpandang aku dan kelam-kabut dia mendapatkan aku.

“Farah ok?”tanyanya cemas. Dia menolong menarikku bangun. Bila saja aku sudah boleh berdiri, aku melepaskan genggaman tanganku dari lengan dia. Berkerut-kerut wajahku. Dia semakin cemas. Dia mengamati diriku. Tangannya sudah meliar ke pinggangku.
“Eh apa ni?”sergahku dengan renungan tajam.

Lebar senyuman dia. Aku terpana jadinya. Kenapa dengan aku ni? Macam tak pernah jumpa lelaki hansem saja lagakku.

“Ada pun suara? Ingatkan ada tombol emas kat mulut tu. Farah ok tak?”tanyanya dengan suara ‘macho’nya.

“Em hmm. Awak tertinggal cermin mata awak.”

Aku menghulurkan cermin mata hitamnya. Mula-mula kening dia berkerut tetapi sebaik saja dia terpandang cermin mata hitamnya, dia terus tersengih.

“Terimakasih. Saya tak sedar pun ia tertinggal kat rumah opah. Err..Farah betul tak apa-apa?” tanyanya lagi.

Aku terus mengangguk kepalaku. Tanganku sudah meraba-raba punggungku. Nasib baik aku memakai seluar hitam tadi. Aku memandang sekilas ke seluarku yang sudah basah. Dia juga turut memandang diriku. Malah renungannya begitu tajam sekali.

“Zaf? Dengan siapa hang berbual kat luar tu,”tiba-tiba terdengar suara umi menjerit dari dalam.

Dia tersenyum kepadaku. Sesungguhnya, lelaki di hadapan ku ini amat murah dengan senyuman. Tak habis-habis tersenyum. Bertambah tidak keruan aku dibuatnya. Terkebil-kebil aku memandangnya.

“Zaf tengah bual dengan bidadari, umi,”selorohnya dengan tawa.

Aku terpempan. Makin galak dia ketawa terutama bila terpandang wajahku yang sudah merah padam. Serta-merta kepala umi sudah menjengok keluar dari tingkap. Tersenyum lebar dia bila terpandangku.

“Patutlah! Bidadari opah ada kat luar rupanya,”umi mengusik. Aku terus berjalan mendapatkan umi yang keluar dari rumahnya. Muzaffar hanya memerhatikan saja.

“Ada-ada saja umi ni. Umi tengah masak apa kat dapur tu? Harumnya bau,”usikku dengan jelingan manja. Aku mengusap lengan dia lembut. Terubat rinduku pada mummy bila dapat bermanja dengan umi.

“Cik abang hang kan dah balik. Lauk kegemaran dia apa lagi kalau bukan ketam cili api. Itupun depa merungut cakap tak sesedap Farah masak tau.”

Aku dapat mendengar Muzaffar ketawa kecil di belakangku.

“Lain kali suruh aje dia masak sendiri, umi. Jangan kasi chan kat dia. Dahlah umi masak penat-penat. Kalau puji tak apa juga,”bisikku pada umi.

“Betul juga cakap Farah ni. Eh, abang Zaf ada hantar kuih kat opah tak tadi?”

Tersedak aku bila umi membahasakan anaknya ‘abang’ kepadaku. Aku tahu yang jarak umurku dengan dia agak jauh dan memang sepatutnya aku memanggilnya dengan gelaran ‘abang’ tetapi aku rasa tidak selesa.

“Kan tadi Zaf cakap yang Zaf pergi rumah opah? Umi tak percaya cakap Zaf ke?” Muzaffar menyapa. Dia menaikkan sebelah keningnya. Mukanya sudah merah padam kerana terlalu lama di bawah percikkan matahari.Begitu pantas kedengaran degupan jantungku kerana dia berdiri terlalu dekat denganku. Walaupun dalam keadaan berpeluh, dia tetap kelihatan kacak padaku. Aku harus melarikan pandanganku daripadanya kalau aku tidak mahu diusik oleh umi nanti.

“Farah nak balik ni umi. Takut opah cari pulak. Assalammualaikum.’

Aku mengucup tangan umi dan terus berlalu pergi, tidak menegur atau menoleh pun kepada Muzaffar. Dia agak tersinggung dengan perbuatanku.

“Apa agaknya salah Zaf sampai Farah macam tu sekali dengan Zaf, umi? Kata opah, dia pendiam tapi dengan orang lain bukan main becok sekali dia berbual?”rungut Muzaffar pada uminya. Dia memerhati Farah berjalan menuju ke rumah opahnya. Langkahnya cukup sempurna dan teratur. Gayanya lemah-lembut bagaikan seorang penari. Terpesona dia memandangnya.

“Depa suka kat hang tu. Orang perempuan memang macam tu. Umi tengok gerak-geri dia aje umi dah tahu, terutama bila hang ada. Dia seperti gelisah. Kasihan umi tengok dia!”

“Boleh percaya ke cakap umi ni? Umi jangan nak kelentong pulak,”usiknya.

Uminya terus ketawa.

“Umi dah lama hidup tau. Anak aje dah enam. Cucu pulak sampai tak terkira. Percayalah cakap umi. Hang pun umi tengok macam dah berkenan aje dengan Farah tu. Betul kan?”

Muzaffar tersengih memandang uminya. Tangannya sengaja dia lentokkan di atas bahu uminya.

“Zaf dah tualah umi. Nak ke dia kahwin dengan Zaf ni? Cantik kan dia umi? Macam bidadari…”keluhnya. Masih terbayang wajah pan-asian Farah dan lenggang-lenggoknya. Berdebar-debar hati Muzaffar setiapkali terpandang wajahnya.

“Kalau betul dah berkenan, tak usah lengahkan lagi. Nanti malam umi cakap dengan ami. Esok kita jumpa opah, beritahu hajat kita. InsyaAllah, kalau dah jodoh kamu berdua, tak kemana aje perginya. Bila opah dah setuju, baharu kita boleh jumpa emak-bapak depa kat KL tu.”

Muzaffar menggaru dagunya yang sedikit berlekuk itu. Dia menoleh pada uminya dan terus memberi anggukkan tanda setuju dengan cadangan uminya.

Pada esok malam, selepas solat maghrib, Sheikh Abdullah Al Haj serta isterinya, Sharifah Zahidah membuat lawatan ke rumah opah dengan membawa hajat dari anak mereka, Muzaffar. Opah sungguh berbesar hati mendengar hajat mereka dan tanpa menanya pada cucunya, Farah, dia terus memberi lampu hijau. Hujung minggu nanti mereka akan membawa rombongan merisik ke rumah keluarga Farah di KL. Jika dapat persetujuan, upacara bertunang akan dilansungkan serentak.

Farah mengeluh bila opah memberitahunya tentang hajat umi dengan ami Muzaffar tadi malam. Dia merenung wajah opahnya yang nampak berseri-seri. Tak sampai hati pula dia hendak bersikap kasar pada opahnya.

“Opah rasa dia boleh bahagiakan Farah ke? Farah kan masih muda lagi, opah. Farah takut tak dapat jalankan tugas sebagai isteri nanti,”keluhnya. Dia sedang duduk di birai katil, dengan di temani oleh opahnya.

“InsyaAllah, opah percaya yang Zaf dapat membimbing dan membahagiakan Farah. Depa, opah dah anggap macam cucu opah jugak. Depa membesar di hadapan mata opah. Berkenan sungguh opah dengan sifat dia yang sopan-santun dan cukup hormat dengan orang tua. Walaupun dah bergaji besar tapi tak pernah sekali dia lupa tanggungjawab dia pada umi, ami serta adik-adiknya yang masih menuntut tu.”

“Tapi opah…”

“Sudahlah Farah. Kali ini, cuba ikut cakap opah. Kalau betul Zaf ni budak tak baik, takkanlah opah nak kahwinkan dengan cucu opah pulak? Itu dah kira mendera namanya.”

Farah terus bangun dan berjalan menuju ke tingkap biliknya. Pemandangan di kampung sudah gelap gelita. Tiupan angin malam sudah meniup ke wajahnya.

“Mummy dengan daddy mesti tak terima lamaran itu nanti,”bisiknya.

“Itu kata Farah…”

Farah menoleh ke arah uminya dengan dahi berkerut.

“I know them well nana.”

“Apa benda yang hang cakap tu?”

Farah terus tersengih.“Tak ada apa-apa.”

Sebulan sudah berlalu dan hari ini adalah hari nikahnya. Farah Aisyah Abdullah Gillespie sudah siap didandan oleh juruandam. Dia begitu anggun berbaju kurung pesak berwarna putih sutera. Kepalanya ditutupi dengan tudung lace juga berwarna putih. Dia hanya di solek tipis saja, atas permintaannya. Walaubagaimanapun, dia memang sudah cantik tanpa alat solek. Berseri-seri wajahnya dan bibirnya sentiasa dihiasi dengan senyuman. Bakal suaminya sudah memberi amaran kepadanya tadi siang. Masih teringat kad yang ditulis oleh bakal suaminya kepadanya yang telah dihantar bersama-sama dengan jambangan bunga ros berwarna hijau.

You smile because you’re mine,
And I love you so much!

Siapa sangka yang dia telah jatuh cinta pandang pertama pada bakal suaminya. Rupa-rupanya, sudah lama bakal suaminya memendam perasaan terhadapnya. Pun begitu, mereka tidak pernah keluar bersama sejak bertunang kerana sibuk dengan tugas masing-masing. Mereka hanya makan bersama dengan ditemani oleh keluarga mereka.

“Sis, your future husband-to-be has arrive and he look absolutely dashing,”kata adikku, Sarah. Sempat dia mengucup pipiku. Berdebar-debar hatiku menunggu saat di ijab-kabulkan. Majlis pernikahan kami di adakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Daddy datang kepadaku dan terus duduk di hadapanku. Aku memang amat rapat dengan daddy. Kami bagaikan teman karib. Dia tersenyum memandangku. Aku terpegun melihat kekacakannya berpakaian Melayu berwarna biru laut, juga seperti mummy dengan Sarah.

“I wish I could keep you with me forever but I guess the time has come for me to let you go sweetheart. I know Muzaffar will take good care of you and will guide you to be a better Muslimah. InsyaAllah. No matter what, you will always be special to me. I love you!”bisiknya kepadaku. Aku terharu mendengar ucapan daddy. Airmata terus mengalir di pipiku. Dengan pantas, juru andam mengesatnya dengan kertas tisu yang sedia ada.

“I love you so much daddy!”bisikku kepadanya pula. Dia mengangguk kepalanya perlahan sebelum melangkah menghadap kadi, tidak jauh dariku.

Aku sempat mengerling pada bakal suamiku yang begitu segak dan tampan berpakaian Melayu berwarna putih sutera sepertiku. Dia tersenyum memandangku dan sekali lagi perasaan aneh itu menjelma. Perasaan yang sama aku rasakan bila pertama kali aku menatap wajahnya, setahun yang lalu. Itupun menerusi majalah dan advertisement di kaca tv. Tiada sesiapa pun yang tahu. Betapa terkejut aku bila mendapat tahu yang dia merupakan anak ke-empat dari enam beradik, pada jiran opah, yang aku panggil umi dan ami itu. Hari ini, mereka akan menjadi ibu dan ayah-mertuaku yang sah. Aku rasa sungguh bahagia.

Sheikh Muzaffar Shah Sheikh Abdullah Al Haj mendengar khutbah kadi di hadapannya dengan khusyuk sekali. Matanya tidak berkelip-kelip. Sesekali dia menjawab pertanyaan tok kadi dengan senyuman yang begitu dikenali ramai itu. Kadang-kala dia menjeling ke arah aku yang duduk bersimpuh, tidak jauh darinya. Dia tidak endahkan usikan dari adik-beradiknya. Malah, makin galak dia ketawa bila di usik mereka.

Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi milik Sheikh Muzaffar Shah Sheikh Abdullah Al Haj. Suara suamiku begitu tenang sekali. Aku mengangkat tangan tanda bersyukur ke hadrat illahi. Alhamdulilah, majlis kami berjalan dengan lancar. Titisan airmata gembira membasahi pipiku. Aku menoleh kepada mummy, opah serta adikku Sarah, yang setia disampingku. Kemudian aku memandang daddy yang sedang berpelukkan dengan suamiku. Dia membisikan sesuatu ke telinga lelaki yang baharu menyandang gelaran suami kepada anak perempuan sulungnya. Tersenyum lebar suamiku. Entah apa juga yang dibisikkan oleh daddy kepadanya. Aku senang melihat kemesraan di antara mereka berdua.

Suamiku mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah. Aku setia menantinya untuk upacara batal air sembahyang. Di saat dia mula menghampiriku, jantungku berdegup dengan pantas sekali. Aku mengucup tangannya. Ada perasaan syahdu di kala itu. Dia menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manisku dengan di perhatikan oleh kaum keluarga serta saudara-mara kami. Menggeletar badanku bila dia memegang daguku dan terus menghadiahkan satu kucupan di dahiku. Aku rasa amat disayangi dan dihargai sebagai seorang isteri.

“You’re mine,”suamiku berbisik ke telingaku. Jari-jemariku diramas dengan penuh kasih-sayang. Sesekali dia membawa jari-jemariku ke bibirnya. Di saat itu aku berjanji di dalam hati yang tidak akan ada lelaki lain di hatiku. Aku hanya milik Sheikh Muzaffar Shah seorang. Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

Malam itu, aku meminta izin dari suamiku untuk berihat di dalam bilik. Suamiku sedang sibuk melayan kenalan-kenalannya yang masih belum pulang-pulang lagi. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Selepas membersihkan diri, aku terus menukar ke pakaian malam. Sambil menantinya, aku sempat membaca majalah ‘Keluarga’ yang ada sedikit artikel tentang dirinya dan juga tentang diriku, ‘permata hatinya’. Aku tersenyum sendiri bila terbaca bahagian di mana dia mengibaratkanku sebagai seorang ‘bidadari’. Aku rasa amat terharu.

“Assalammualaikum?”

Terkejut aku bila mendengar suara yang sudah cukup sinonim di telingaku. Dia tersenyum memandangku dan lantas mengunci pintu. Hatiku menjadi tidak keruan bila dia mula mengorak langkah ke arahku. Dia melemparkan senyuman yang sungguh menggoda sekali. Tiba-tiba aku di belenggu dengan perasaan gementar. Mahu lari tapi ke mana? Bukankah dia sudah menjadi suamiku yang sah?

“Lama Farah tunggu abang, ya?” tanyanya lembut. Dia mengusap tubuhku dan kemudian ketawa. Berkerut wajahku.

“Why are you shivering darling? Are you afraid of me?” tanyanya dengan suara yang romantik.

Aku menggeleng kepalaku. Sesungguhnya bila berhadapan dengannya, lidahku menjadi kelu pula. Aku menelan air liurku. Bulat mataku merenungnya.

“Kenapa ni? Cat’s got your tongue?”usiknya.

Dengan perlahan, aku mendekatkan tubuhku kepadanya dan terus melentokkan kepalaku ke bahunya yang sasa itu. Dia mengucup ubun-ubunku. Aku boleh mendengar degupan jantungnya yang seirama dengan bunyi jantungku. Aku terus tersenyum.

“Abang nak wash up dulu, sayang. Wait for abang ok?”

Aku menghela nafas panjang bila dia sudah masuk ke tandas. Aku terus melihat penampilanku di cermin solek. Rambutku yang panjang hingga ke paras bahu, ku biarkan lepas. Aku menari-nari ala ballet di hadapan cermin solek yang panjang hingga ke lantai. Aku sejak kecil sudah mengecapi bidang itu sehinggalah aku masuk ke University. Aku begitu asyik dengan tarianku sehingga aku tidak sedar bila pintu tandas sudah dibuka.

Sheikh Muzaffar terpegun melihat isterinya menari tarian ballet di hadapannya. Dia berdiri sambil memeluk tubuh. Lama dia perhatikan gerak isterinya yang cukup lembut dan menggoda itu. Dalam hati dia bersyukur kerana dapat memiliki gadis pujaan hatinya itu. Dia tersenyum bangga dan lantas memberi tepukan bila isterinya berhenti. Tersipu-sipu isterinya memandangnya.

“Abang tak tahu pun yang Farah used to be a ballet dancer? What else I didn’t know about you?” tanyanya sambil menaikkan sebelah keningnya.

“Nothing else,”jawabku lembut. “Err..abang nak Farah buatkan minuman untuk abang?”

“Tak yah lah sayang. Lagipun kan dah malam? Abang nak tidur,”jawabnya selamba dan terus menarik tanganku. Beriringan kami menuju ke katil king size, four poster bed mereka. Jari-jemariku sejuk sekali.

“Don’t worry darling. I will keep you warm,”bisiknya.

Memang malam itu, suamiku tidak membiarkan aku kesejukan. Sepanjang malam, aku dibelainya dengan penuh kasih-sayang. Aku sentiasa berada di dalam pelukannya. Dia cukup hebat! Bergetar jantungku dengan sentuhannya yang bagaikan satu azimat itu. Aku mahu berada di sampingnya hingga ke akhir hayatku. Aku menitipkan doa ketika dia sedang lena di sebelahku. Semoga perkahwinan kami sentiasa mendapat rahmat dariNYA dan berkekalan hingga ke akhir nafas kami. Semoga kami akan di kurniakan cahayamata hasil dari kasih-sayang kami. Amin.

Genap sebulan kami berkahwin, aku pun disahkan mengandung. Betapa bangga dan gembira sekali suamiku. Aku pula giat di usik oleh kaum keluarga kami kerana ‘bunting pelamin’. Suamiku pula sudah berangan inginkan bayi kembar sebagai cahayamata sulung kami. Melopong aku di buatnya tetapi impiannya tetap boleh menjadi dengan keizinan dariNYA. Solat hajat setiap malam kami amalkan untuk kesejahteraan hidup kami suami-isteri dan buat anak yang di dalam kandunganku. Tidak lupa kami berdoa untuk ahli keluarga kami walau di mana jua mereka berada.

Opah sekarang menetap di Ko Lumpur bersama kami suami-isteri. Puas aku memujuknya. Akhirnya, termakan juga pujukkanku. Aku rasa lengkap sudah kehidupanku kini. Aku mempunyai seorang suami yang amat menyayangiku bersama keluarga yang sentiasa berada di samping kami. Tidak lama lagi, aku bakal bergelar umi kepada cahayamata hasil kasih-sayangku dengan lelaki yang bernama Sheikh Muzaffar Shah. Oh ya, dia masih dengan senyumannya. Sekilas senyumannya yang menggetarkan hati wanitaku.

TAMAT

Wednesday, August 09, 2006

Cinta


Hi......

Saya begitu teruja dengan perkataan 'cinta'. Mudah saja untuk kita melafazkannya tetapi tahukah kita semua erti 'cinta' yang sebenarnya?

Mungkin kita pernah mendengar atau sudah maklum dengan makna cinta buta, cinta pandang pertama dan juga cinta monyet tetapi saya suka makna di sebalik cinta, 'dari mata turun ke hati'.

Pada pendapat saya, ia bukanlah cinta pandang pertama atau love at first sight tetapi kemunculan satu perasaan yang begitu aneh dan indah selepas mengenali si dia. Betul tak? Di saat itu, tak terlintas pun di fikiran kita semua yang apa kita rasakan adalah CINTA. Kita jadi keliru, menggelabah dan lidah pula tiba-tiba jadi kelu. Kita mula mengutuk diri sendiri kerana berlagak seperti orang 'bodoh'. Hakikatnya, kita sedang melalui saat yang susah untuk ditafsirkan. Saat yang dicipta untuk semua manusia di bumi ALLAH swt ini. Cinta mula berputik di hati kita tanpa kita sedari. Ia muncul tanpa diundang dan paling penting, tanpa paksaan. You feel like shouting to the whole world, "I'm in love!"

Saya ingin berkongsi dengan anda satu cerita yang dipetik dari novel favourite saya, 'Adam & Hawa' dari Aisya Sofea. Jalan ceritanya yang begitu 'feeling' dan 'real' sehingga membuat saya tersipu-sipu dan adakalanya, menitiskan airmata. Kalaulah saya seorang penerbit, mahu saja saya menerbit novel ini dan menjadikannya sebuah drama cinta. Cause believe me, it's going to be a hit! But of course, you need to get the best actor and actress as the main cast. Also, you will learn a lot from this story; don't judge a person by their looks, the meaning of marriage in Islam, jangan biarkan kebencian bertakhta didalam hati kita dan pentingnya pegangan agama dan iman pada bakal suami kita kerana dialah yang akan menjadi ketua keluarga kita, yang akan mengemudikan rumah tangga kita. InsyaALLAH.

Anyway, dalam novel ini, Adam Mukriz Gillespie, aduh namanya saja sudah memberi getaran kan? Dari nama saja, anda mungkin sudah dapat bayangkan yang dia seorang lelaki kacukan Melayu dan Inggeris. Wajahnya? Hmmm...haruskah saya describe??? Let see. Imagine seorang lelaki yang berbadan tegap dan tinggi, dengan rambut keperangan dan mempunyai renungan mata dan senyuman yang boleh mencairkan hati setiap wanita yang memandangnya. Eh, tak payah pandang, baca saja tentangnya anda akan mengeluh ahhhhh....tapi jangan lupa, dia hanyalah watak dalam sebuah novel. He does not exist in this world. Put that in mind, okie!

Balik pada novel ini, watak Adam begitu romantik sekali. Pertama kali dia terpandang watak heroinnya, Ain Hawani (aka Hawa), dia tidak terus jatuh cinta. At first, he is such a casanova. Maklumlah he is handsome and has a good career (a MAS pilot) and he love to flirt around. Dia gunakan ketampanannya untuk memikat wanita dan harapannya agar Ain Hawani juga akan jatuh ke tangannya. Tapi Ain Hawani bukan seperti mana-mana wanita yang pernah didampinginya. She's different. For one, she is nineteen while he, twenty-seven, masih mentah dan belum pernah jatuh cinta. Dia tegas dan mempunyai perwatakan yang begitu ketimuran. So from just playing around, Adam slowly fall in love with her and does he fall hard! Once he left a bouquet of fresh roses on her desk (she is a kindergarten teacher) but in the middle, lay a plastic rose and a card which says,

'My love for you dies when the last
petal of these roses falls.'

Ah! Isn't that just romantic? Forever the petals from the middle rose will not fall cause it's made from plastic. To wrap up, it means that his love will never die until the end of time.

One day, because of one bad incident, keaiban yang menimpa mereka berdua, tiba-tiba corak kehidupan Adam berubah. Ini semua kerana cinta yang sudah bertakhta di hatinya. Dia buang egonya, buang sifat playboynya. Apa yang dia tahu, dia harus membuktikan kepada Ain Hawani. Dia sedar yang Ain Hawani mahukan seorang lelaki yang kuat pegangan agamanya serta kuat imannya kerana tanggungjawab lelaki amat berat bila sudah memasuki alam rumahtangga. Kerana sifatnya yang tidak mudah putus-asa dan juga cintanya yang tulus dan suci, akhirnya dapat juga dia pada Hawanya. Di bawah ini, kad dari Adam untuk Ain Hawani, isterinya,

'Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya,
dan dekat di hati untuk dicintainya'

Well? I didn't tell you the whole story but i'm sure that you will agree with me when i say that this novel is worth buying for. For those who already owns it, you should feel proud and lucky to be able to enjoy the novel every now and then. To be frank, i have read it so many times that i have lost count, but i never get bored. If you know me and saw me smiling away, you can bet that i'm thinking about this novel and how it has changed my life. Just like my husband did...

Ta..ta...till we meet again.

2010hrs