THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, July 04, 2008

Kanda

4 October 2007, dengan menaiki penerbangan SQ456 SIN/JED, berangkatlah sudah insan yang tersayang, insan yang bergelar suami. Selepas berhari-hari menunggu dengan penuh debaran, akhirnya dia pergi juga ke Rabigh, Saudi Arabia, atas urusan kerja. Perginya bukan seketika tetapi hingga tahun depan, di mana belum di tentukan lagi tarikh tamat kontrak kerjanya. Perasaanku di waktu menghantarnya ke lapangan terbang Chang begitu berkecamuk. Ada perasaan gembira dan juga sedih. Gembira kerana dia dapat apa yang dia inginkan, yaitu mencari pengalaman di Saudi Arabia dan pada masa yang sama, dapat mengerjakan ibadah puasa dan tarawih di tanah suci Mekah. Sedih pula kerana tidak dapat menyambut hari lebaran bersamanya, tidak dapat mengucup tangannya di pagi raya nanti. Walaubagaimanapun, aku akur yang aku harus redha dengan pemergiannya kerana dia pergi untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga. Aku harus tabah meniti hari-hari akan datang tanpanya di sisi, tanpa insan yang bergelar suami. InsyaAllah, demi anak-anakku, akan aku tabahkan hatiku, akan aku kuatkan semangatku dan akan aku simpan tangisku. Aku akan merinduinya setiap masa, setiap waktu. Semoga Allah swt melindunginya walau di mana juga dia berada. Amin.

0 comments: