THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, October 08, 2006

Bulan Mulia

Assalammualaikum....

Sudah lama juga saya tidak 'update' halaman saya ini. Bukannya tidak mahu tetapi tiada masa. Selalunya, bila balik kerja saja, saya terus keletihan. Novel-novel hasil tulisan saya terus terbengkalai. Saya sudah kehabisan idea. Mungkin sebab otak saya ni dah 'jam', satu benda pun tak boleh masuk. Alahai!!! InsyaAllah, saya harus habiskan juga manuskript saya, bukannya untuk dihantar ke mana-mana publishing company, tetapi sekadar simpanan untuk anak-anak saya. At least, ketiadaan saya pada suatu hari nanti, ada juga peninggalan saya buat tatapan mereka.

Alhamdulilah, pejam celik pejam celik, sudah dua minggu kita umat Islam berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu ya? Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya sekeluarga akan menyambut Aidilfitri dalam suasana yang sederhana. Tidak perlu membazir baik dalam segi wang atau barang-barang. Yang penting, Aidilfitri ini dapat mengeratkan lagi silatul-rahim sesama umat dan keluarga dapat berkumpul sebab kalau hari-hari biasa, semua sibuk bekerja. Saya amat bersyukur kerana diberi cuti pada hari raya pertama nanti.

Dalam keseronokkan menyambut hari raya nanti, saya tidak akan lupa pada insan-insan yang tersayang, yang sudah lama pergi ke hadrat illahi. Sebak rasa hati bila mengenangkan mereka. Perasaan rindu sentiasa bermukim di dada. Yang paling saya rindui ialah arwah anak saya, Nur Syifa Hannah yang sudah lima tahun pergi meninggalkan saya sekeluarga. Ketika itu, dia baharu berumur 28 hari. Saya sering terbayang wajahnya sehingga hari ini. Allah swt lebih menyayanginya dan saya harus redha dengan pemergiannya. Semoga saya dapat bertemu dengannya di akhirat nanti. InsyaAllah.

Ada sesetengah orang dewasa yang lebih memahami selalu sedih bila hari raya menjelang tiba. Kanak-kanak pula gembira bukan kepalang kerana time 'collection' sudah hampir tiba. Mungkin sebab kealpaan saya, pernah sekali saya bertanya pada suami saya yang kelihatan muram tatkala raya datang menjelang. Jawabnya ringkas sahaja, "Azab kubur will be continued when Aidilfitri comes." Saya terkedu. Juga, kerinduan pada insan yang sudah tiada, lebih terasa, lebih-lebih pada pagi hari raya, bila semua pergi menziarah kubur-kubur yang tersayang. Tidak henti-henti airmata mengalir walaupun kita semua akur yang kematian tidak harus kita tangisi kerana roh-roh tidak akan berasa tenang di 'sana' nanti. Sedekahkanlah ayat-ayat suci Allah. Semoga roh mereka akan dirahmatiNYA. InsyaAllah.

Saya akan sentiasa ingat bulan yang mulia ini. Datangnya pun setahun sekali. Tidak akan saya lupakan masa bangun sahur. Wajah monyok puteri saya di pagi hari, kerana dikejut tatkala sedang lena dibuai mimpi. Jika tidak bangun sahur, alamatnya, tak puasalah esok nanti. Saya dari kecil, sudah di didik untuk bangun bersahur. Memang permulaannya agak sukar. Anak mata rasa perit sekali untuk buka. Badan rasa amat lemah tetapi dikuatkan juga bila mengenangkan yang esok hari hendak berpuasa. Lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga. Time bersahur dan berbuka amat saya nanti-nantikan. Inilah masanya kami sekeluarga dapat makan bersama dan bersembang.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan 'Selamat Berpuasa' dan 'Selamat Menyambut Aidilfitri' pada semua umat Islam di dunia. Semoga kita akan dapat keredhaanNYA. InsyaAllah.

Salam sayang dan Selamat malam pada anda semua!

0 comments: